back to top
28 C
Jakarta
Sabtu, November 23, 2024

Resepi kulit Dimsum by Faisal Bin Long

- Advertisement -

Assalammualaikum.
Selamat tengah hari bunda semua
Akhirnya tertunai juga hajat nak buat dim sum .bahan ala kadar asalkan terpenuhi keinginan anak .

#Resepi kulit dimsum

250gm wheat starch/tepung tang mein (cari d bakery) guna tepung gandum pun boleh
80gm tpg ubi
200-220ml air panas mendidih*sikit garam
1 1/2 susu besar minyak

- Advertisement -

Cara adunan
1.dalam bekas satukan wheat starch dan tpg ubi
2.kemudian masukkan air panas,garam dan minyak yang dicampur sekali sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat d tangan (macam buat kulit karipap)
3.uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar dlm 20 minit dlm bekas trtutup spya doh x keras.

Inti

2 keping dada aym
12 ekor udang dibuang kulit
2 sudu besar tpg jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji sederhana besar carrot dipotong dadu kecil sedikit daun bawang sekali dgn batangnya dipotong halus.
2 ulas bwang putih dcincang halus/dtumbuk halus garam,gula
1 biji bawang merah yg brsaiz kecil dpotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan.
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit ladu sulah/lada hitam
Lada besar dpotong kecik
Sebiji telur ayam (dpukul dahulu)

Caranya
1.kisar ayam dn udng yg telah dbuang kulit hingga hancur
2.masukkan garam dan sedikit gula sbgai penambah perasa
3.masukkan telur,lada sulah,minyak bijan,sos tiram dan smua sayur2 kacau
Pakai senduk je..

Penyediaan dim sum
1.mula2 kukus dahulu periuk kukus
2.sediakan penggelek doh,acuan bulat dan inti
3.ambil sedikit doh. Bulatkan dan tekan. Dengan menggunakan penggelek lenyek…jangan terlalu nipis. Ketebalan sperti kita nk buat kulit karipap. Tekap dgn acuan bulat.
4.letak sikit acuan inti dan mula melipat….cara ada pada video…buat smpai habis…bentuk siew mai trpulang pada anda
5.lapik siew mai dgn plastik utk elakkan ia melekat pada periuk kukus. Kukus dlm 5-7 minit
6.jika nak goreng siap dbentuk boleh dterus goreng dlm minyak panas
7. Sedia dhidang dgn sos thai. Atau boleh buat sup apa apa pun.

https://web.facebook.com/groups/langsungenak/permalink/2408521879247142/

baca juga resep dimsum yang lain disini

- Sponsored -

Related Articles

Latest Articles